Showing posts with label Motivasi Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Motivasi Kehidupan. Show all posts
Wednesday, 24 December 2014
Tuesday, 23 December 2014
Thursday, 18 December 2014
Terima Kasih Sahabat
Teks: Siti Rahimah Ismail
Foto: sumber google
Terima kasih sahabat. Hanya itu yang mampu aku ucapkan kerana cinta dan kasihnya hubungan kita kerana Allah. Walaupun kadang-kala aku menyepi bukan maksud aku telah melupakanmu. Aku sentiasa berdoa semua sahabatku berbahagia dan dirahmati hidupnya.
Ciri-ciri sahabat yang digariskan dalam islam.
Sahabat yang baik adalah sahabat yang berlumba-lumba membuat kebaikan.
Dalam persahabatan tidak salah jika ada sikap cemburu. Namun biarlah cemburu untuk kebaikan. Ada satu kisah dimana seorang sahabat sering cemburu melihat sahabatnya yang membaca al-quran setiap hari. Setiap hari beliau akan bertanya kepada sahabatnya jumlah juz bacaan al-qurannya. Jawapan yang diterima selalu sahaja lebih daripada bacaan beliau sendiri. Sehinggakan pada suatu hari sahabatnya itu menegur beliau yang banyak membaca buku daripada Al-Quran. Mendengar kata-kata sahabatnya itu menyebabkan beliau menanam azam untuk membaca dengan lebih banyak dan memahami Al-Quran terjemahannya. Dengan keazaman dan keyakinan serta dorongan sahabatnya beliau telah mengkhatam Al-quran 30 juzuk. Semuanya dengan izin Allah sesuatu perkara baik itu akan diberkati oleh Allah. Oleh itu ingatlah bahawa sahabat yang menunjukkn kebaikan kepada kamu, adalah sahabat yg baik. Dan sahabat yang menunjukkn kesalahan kamu, adalah sahabat yg paling baik
Dalam satu hadits Rasulullah SAW berkenaan dengan niat. Beliau bersabda yang bermaksud " terimanya amalan anak adam itu bergantung apa yang diniatkannya." (Hadis Riwayat Muslim).
Nikmat yang paling berharga selepas nikmat iman dan islam ialah memiliki SAHABAT yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya maka peganglah ia bersungguh-sungguh.-Saidina Umar Al-Khattab-
Assalamualaikum Sahabatku.
Tuesday, 16 December 2014
Hargai Masa Anda
Teks: Siti Rahimah Ismail
Buat ingatan diri sendiri dan semua yang membaca,
Andai kita ada azam nak membaca Al-Quran banyak-banyak bulan Ramadhan nanti mulakan dari sekarang.
Andai kita nak banyak sedekah Ramadhan nanti sedekah mula dari sekarang
Andai kita nak banyak buat pahala waktu ramadhan nanti banyakkan membuat pahala dari sekarang
ALHAMDULILLLAH ada impian untuk menambah amalan Ramadhan nanti, tapi lebih baik tambah amalanya dari sekarang. Semoga Ramadhan nanti bertambah-tambah pahala amalan kita. Mulakan dari sekarang agar impian ini bukan sekadar angan-angan dan dengan harapan impian ini tidak akan pudar bila Ramadhan tiba nanti.
Sumber foto: google

sumber foto:google
Saturday, 6 December 2014
Tetap bersyukur dan selalu berdoa
Alhamdulillah,syukur kepad Allah masih lagi dapat bangun pagi ini dan mengerjakan solat subuh. Hari ini saya ingin berkongsi tentang amalan berdoa. Berdoa adalah sesuatu amalan atau ibadah yang amat disukai oleh Allah.
Surah al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud:
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya engkau (Wahai Muhammmad) tentangKu, (maka jawablah) sesungguhnya Aku ini hampir, Aku menjawab seruan sesiapa yang berdoa kepadaKu apabila dia berdo`a. Maka hendaklah dia menyahut seruan (menunaikan perintahKu) dan beriman kepadaKu mudah-mudah mereka selalu berada di atas petunjuk.
Dalam satu hadis berkenaan doa yang bermaksud:
"Tidak ada seorang muslim pun yang berdo`a dengan sesuatu do`a yang tidak ada di dalamnya dosa atau memutuskan kekeluargaan, melainkan Allah akan beri salah satu dari 3 perkara; sama ada disegerakan untuknya (dimakbulkan di dunia), ataupun disimpan untuknya pada hari akhirat (diberi balasan baik pada akhirat), ataupun diselamat dia dari keburukan yang seumpamanya." Kata al-Imam al-Syaukani dalam Tuhfah az-Zakirin : Hadith ini riwayatkan oleh al-Imam Ahmad, al-Bazzar, Abu Ya'la, kata al-Munziri: Sanadnya sahih (m.s. 65, cetakan. Lubnan).
Maksudnya setiap orang yang berdoa kepada Allah akan dimakbulkan doanya. Namun ingatlah bahawa setiap doa itu akan dimakbulkan dengan tiga cara yang berbeza. iaitu:
1) Allah makbulkan doa sesorang di dunia dengan cepat atau segera dimakbulkan olehNya didunia.
2) Keadaan kedua Allah tidak makbulkan doanya di dunia tetapi disimpan oleh Allah untuk balasan yang lebih baik ganjarannya diakhirat.
3) Ketiganya, doa diganti dengan keselamatan diri dari keburukan yang akan mengenainya. Dengan sentiasa berdoa kepada Allah barangkali Allah menjaga dan menghindarkan diri kita dari segala keburukan didunia ini.
Di pagi jumaat ini mari kita sama-sama berdoa agar dipermudahkan segala urusan hidup di dunia dan akhirat. Jangan lupa mengingati Alllah yang tidak pernah lupa akan hambaNya. Pastinya pahala ada disisi Allah bagi yang berdoa kerana makbul atau tidak sesuatu doa itu hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
Amin.

Friday, 21 November 2014
Wednesday, 19 November 2014
Hidup Dalam Kesyukuran
Assalamualaikum dan selamat pagi.
Pagi yang indah ini jangan lupa bersyukur diberikan kesihatan yang baik. Semoga apapun yang dilakukan hari ini dipermudahkan. Lebih baik bersyukur, hati pun akan tenang daripada hidup mengeluh.
Wednesday, 12 November 2014
Keberkatan Doa Ibubapa
Tertariknya ku untuk menulis di sini tatkala membaca status sebuah
cerita yang di kongsi pada status mukabuku ku. Terima kasih adikku kerana
mengingatkan kakakmu yang jauh dari ayah dan ibu. Sememangnya berjaya menitis
air mata ku.
Kisahnya mengenai seorang ayah yang tidak mahu mengganggu
dan membebankan anak-anaknya untuk menghantarnya ke hospital. Walaupun sakit
beliau sanggup menyewa teksi untuk berulang alik ke hospital. Dengan alasan
jika anak-anak menolak permintaannya atau menolong dalam keadaan yang tidak
ikhlas akan mengundang dosa kepada anaknya. Ya Allah, memang sungguh
mulia hati seorang ayah.Tidak pernah mengharapkan sebarang balasan daripada
anaknya. Hanya berharap anak-anak bahagia dengan kehidupan mereka.
Kisah ini amat menyentuh hati ku yang memang tinggal berjauhan
dengan mak ayah. Sudah semestinya bukan semua permintaan mak ayah dapat ku
tunaikan. Tambahan lagi, balik kampung hanya beberapa kali dalam setahun.
Namun, aku akan cuba sedaya upaya untuk menghubungi mereka setiap minggu
bertanya khabar. Walaupun memang ku rasa tidak cukup untuk membalas segala jasa
mereka kepada ku. Aku sentiasa berdoa semoga satu hari nanti aku dapat tinggal
berdekatan dengan mak ayah agar dapat berbakti dan menjaga mereka.
Aku juga bersyukur mungkin Allah swt telah menetapkan segala yang
berlaku. Alhamdulillah, aku mempunyai seorang adik yang tinggal berhampiran mak
ayah aku. Dia yang banyak membantu mak ayah untuk berulang alik ke hospital atau
ke mana sahaja. Sesungguhnya ada juga rasa cemburu dengan dia:).Dapat berbakti
kepada mak ayah. Marilah sama-sama kita muhasabah diri sebagai seorang anak.
Sebagai seorang anak cuba tanya dalam diri masing-masing pernahkah kita menolak
permintaan mereka?pernahkah kita mengeluh atau mengatakan ‘ahh’ atas permintaan
mereka? Pernahkah kita bermasam muka dengan mereka kerana permintaannya?
Sekiranya ada yang menjawab ‘ya’ marilah kita sama-sama
memperbaiki diri masing-masing. Mungkin kerana factor-faktor tertentu seperti
tinggal berjauhan menjadi alasan tidak dapat memenuhi permintaan mereka. Namun,
cuba sebaik mungkin mencari masa menjenguk mereka wakaupun sekejap atau
menghubungi mereka sekerap yang mungkin. Sememangnya naluri mak ayah sentiasa ingin
memberikan yang terbaik untuk anak-anak. Tidak pernah mengharapkan balasan. Malah
tidak pernah merungut atau mengeluh dengan kerenah anak-anak. Jika mereka
rindukan kita kadang-kadang pun tidak diluahkan. Namun, jauh disudut hati
mereka masih inginkan anak-anak sekadar mengingati mereka, teman untuk
bergantung hidup,sebagai peneman ketika mereka tua.
Sehebat mana pun kita di dunia ini, jika tanpa berkat doa mak
ayah,hidup tidak akan bahagia dan dirahmati oleh Allah SWT. Sama-sama kita
berdoa selepas solat memohon kepada Allah agar sentiasa memelihara mak ayah kita
di dunia dan akhirat. Sesungguhnya apa yang ku tulis untuk peringatan
kepada diri ku sendiri dan kepada sesiapa sahaja yang singgah di blog ini.
Ku selitkan doa untuk kita amalkan bersama-sama.
Doa Untuk Kedua Ibu bapa
'Ya allah ampunilah segala dosaku,dan juga dosa kedua ibubapaku
dan kasihanilah mereka sepertimana mereka memelihara dan menjagaku sewaktu
kecil. Amin.
Tuesday, 4 November 2014
Kata-kata Motivasi
Pernah tak ada buku nota kecil untuk tulis atau tampal kata-kata motivasi dekat buku waktu zaman sekolah dulu?Dulu saya suka buat macam begitu..Kadang-kadang baca dekat surat khabar jumpa kata-kata hikmah yang menarik hati terus gunting ambil tampal dalam buku. Walaupun waktu itu hanya sebagai suka-suka sahaja.
Mari baca sama-sama kata-kata dibawah buat renungan diri saya sendiri dan sesiapa saja yang singgah disini.
1. Selalulah berfikiran positif..
3. Jangan sesekali pernah berputus asa.!!
![]() |
1. Selalulah berfikiran positif..
3. Jangan sesekali pernah berputus asa.!!
4. Hidup ini tidak selalu indah,namun yang indah itu selalu dalam kenangan.:)
5. Hidup ini memerlukan pengorbanan,pengorbanan memerlukan perjuangan,perjuangan memerlukan ketabahan,ketabahan memerlukan keyakinan,keyakinan menetukan kejayaan,dan kejayaan yang menetukan kebahagiaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Baju Didi & Friends
Baju DIDI & FRIENDS AVAILABLE-IN STOCK. ADA YANG BERMINAT BOLEH WHATAPP 011-24019196 SIZE TERHAD..BOLEH PM UNTUK T...
-
Baju DIDI & FRIENDS AVAILABLE-IN STOCK. ADA YANG BERMINAT BOLEH WHATAPP 011-24019196 SIZE TERHAD..BOLEH PM UNTUK T...
-
Dalam entry yang lepas saya ada 'let go'satu carpet bulu (warna putih). Sudah ada pun yang berminat dan sudah pun dijual. Terima ka...
-
Teks: Siti Rahimah Sejak akhir-akhir ini rajin pula aku membaca blog-blog yang membincangkan tentang pengurusan kewangan ini. Dari si...

.jpg)