Wednesday, 24 December 2014
Tuesday, 23 December 2014
Thursday, 18 December 2014
Terima Kasih Sahabat
Teks: Siti Rahimah Ismail
Foto: sumber google
Terima kasih sahabat. Hanya itu yang mampu aku ucapkan kerana cinta dan kasihnya hubungan kita kerana Allah. Walaupun kadang-kala aku menyepi bukan maksud aku telah melupakanmu. Aku sentiasa berdoa semua sahabatku berbahagia dan dirahmati hidupnya.
Ciri-ciri sahabat yang digariskan dalam islam.
Sahabat yang baik adalah sahabat yang berlumba-lumba membuat kebaikan.
Dalam persahabatan tidak salah jika ada sikap cemburu. Namun biarlah cemburu untuk kebaikan. Ada satu kisah dimana seorang sahabat sering cemburu melihat sahabatnya yang membaca al-quran setiap hari. Setiap hari beliau akan bertanya kepada sahabatnya jumlah juz bacaan al-qurannya. Jawapan yang diterima selalu sahaja lebih daripada bacaan beliau sendiri. Sehinggakan pada suatu hari sahabatnya itu menegur beliau yang banyak membaca buku daripada Al-Quran. Mendengar kata-kata sahabatnya itu menyebabkan beliau menanam azam untuk membaca dengan lebih banyak dan memahami Al-Quran terjemahannya. Dengan keazaman dan keyakinan serta dorongan sahabatnya beliau telah mengkhatam Al-quran 30 juzuk. Semuanya dengan izin Allah sesuatu perkara baik itu akan diberkati oleh Allah. Oleh itu ingatlah bahawa sahabat yang menunjukkn kebaikan kepada kamu, adalah sahabat yg baik. Dan sahabat yang menunjukkn kesalahan kamu, adalah sahabat yg paling baik
Dalam satu hadits Rasulullah SAW berkenaan dengan niat. Beliau bersabda yang bermaksud " terimanya amalan anak adam itu bergantung apa yang diniatkannya." (Hadis Riwayat Muslim).
Nikmat yang paling berharga selepas nikmat iman dan islam ialah memiliki SAHABAT yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya maka peganglah ia bersungguh-sungguh.-Saidina Umar Al-Khattab-
Assalamualaikum Sahabatku.
Wednesday, 17 December 2014
Faris kena alahan telur
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak pertama harap info ini dapat membantu serba sedikit. Pengalaman faris kena alahan telur memang kesian dekat dia. Semua badan dia naik ruam kecil merah dan gatal. Selama 2 minggu juga dia menderita gatal dengan ruam.
Suatu hari 'nurse' telefon tanya anak dah perkenalkan telur ke belum. Aku pun jawab belum lagi. Nurse pesan bulan 12 nanti anak kena pergi klinik cucuk. Kalau ada alahan telur mungkin tak perlu lagi. Waktu tu umur Faris dah 11 bulan. Lambat juga baru aku tahu yang faris kena diperkenalkan telur untuk mengetahui mereka alahan atau tidak dengan makanan tersebut. Sewaktu nurse telefon aku,Faris megalami telinga berair,jadi aku pun tak berani nak perkenalkan telur lagi. Lepas 2 minggu agak telinga faris kering sikit aku pun rebus telur dan ambil 2 sudu telur putih makan dengan bubur nasi. Lepas makan tengok tak ada alahan apa pun. Petang sebelum mandikan faris buka baju dia tengok penuh naik ruam dekat belakang badan,dekat muka,tengkok. Hati cuak dan risau juga. Lepas mandikan Faris tengok badan dia lagi teruk ruam naik,bintik merah kecik putih-putih macam ada nasi dalam bintik tersebut. Malam tu memang gelisah dia tak boleh tidur. Hampir 2 minggu juga ruam faris nak sembuh. Kami tak bawa pergi klinik,cuma ambil krim dekat farmasi untuk sapu. Alhamdulillah,nampak ada berkurangan lepas guna sudcream.
Sumber dari website http://www.myhealth.gov.my/, alahan telur ialah reaksi tindak balas badan terhadap telur dan makanan yang mengandungi telur. Badan akan memberi tindak balas seolah-olah telur itu adalah bahan berbahaya.
Menurutnya lagi,alahan ini boleh terjadi apabila badan bertindak balas terhadap telur sebagai bahan bahaya. Badan akan menghasilkan antibodi untuk melawan protein telur dan antibodi ini merangsang sistem imun badan untuk mengeluarkan bahan kimia yang menyebabkan terjadinya gejala alahan telur. Kekerapan berlaku kejadian alahan telur ini tidak diketahui. Sebab itu,biasanya telur akan mula diperkenalkan pada bayi seawal 8 bulan untuk mengetahui peringkat alahan bayi. Kebiasaannya,apabila kanak-kanak berumur antara 5 hingga 7 tahun alahan telur akan hilang.
Kesan-kesan reaksi yang timbul akibat alahan boleh melibatkan kulit,usus dan paru-paru. Mungkin juga kadang-kala fungsi jantung dan tekanan darah juga turut terjejas. Jenis-jenis reaksi yang biasa terjadi ada 2 jenis. Pertamanya yang kelihatan dalam beberapa minit. Biasanya alahan berlaku walaupun hanya dengan menyentuh telur dan bebrapa minit akan timbul gejala. Terdapat juga reaksi yang lewat biasanya kelihatan selepas 2 jam hingga 4 jam.
Gejala alahan yang biasanya di alami untuk jangka masa kurang daripada sehari seperti gatal-gatal, radang kulit(ekzema),Muka menjadi merah.Mata berair, bengkak kelopak mata, Mulut gatal, bengkak bibir, Tekak perit, Hidung berair, Nafas termengah-mengah, batuk, Loya dan muntah, Sakit perut, Cirit-birit. Ibu bapa boleh menjalankan ujian khusus sekiranya bayi mereka sakit atau mendapat ruam selepas makan telur. Ujian alahan kulit.RAST (Radio Allergosorbent Test).Ujian khas alahan telur ini boleh dilakukan tetapi tidak semestinya memberi keputusan yang tepat. Segala keputusan ujian perlu dianalisa dengan teliti oleh pakar sebelum diagnosa dibuat.
Tuesday, 16 December 2014
Hargai Masa Anda
Teks: Siti Rahimah Ismail
Buat ingatan diri sendiri dan semua yang membaca,
Andai kita ada azam nak membaca Al-Quran banyak-banyak bulan Ramadhan nanti mulakan dari sekarang.
Andai kita nak banyak sedekah Ramadhan nanti sedekah mula dari sekarang
Andai kita nak banyak buat pahala waktu ramadhan nanti banyakkan membuat pahala dari sekarang
ALHAMDULILLLAH ada impian untuk menambah amalan Ramadhan nanti, tapi lebih baik tambah amalanya dari sekarang. Semoga Ramadhan nanti bertambah-tambah pahala amalan kita. Mulakan dari sekarang agar impian ini bukan sekadar angan-angan dan dengan harapan impian ini tidak akan pudar bila Ramadhan tiba nanti.
Sumber foto: google

sumber foto:google
Monday, 15 December 2014
Mak Ayah datang Kuala Lumpur
Alhamdulillah..akhirnya sampai juga mak ayah datang ke rumah aku hari sabtu lepas. Walaupun mak ayah datang semalam saja tetap rasa seronok. Ceritanya kakak sulong aku balik kampung 'follow up checkup' anak dia Danish. Secara tidak langsung adik ku Yati terpaksa turun Kuala Lumpur hantar kakak sulong. Mak dan ayah pun akan ikut sekali turun.
Lain yang dirancang,lain pula jadinya.
Perancangannya mak ayah turun hari sabtu terus datang rumah aku tidur semalam. Hari ahad akan ke rumah kakak sulung tidur sana semalam dan isnin pagi baru balik ke Kulim. Pagi ahad bangun pagi bersarapan bihun goreng mak pastu semua bersiap nak pergi melawat Mak Lang syuhada di Uitm Puncak Perdana dulu sebelum balik ke Cheras. Kami keluar rumah dalam pukul 12.00 tengahari dan sampai dalam pukul 1petang. Singgah makan di medan selera Uitm. Kebetulannya, ayah rupa-rupanya tertinggal telefon dia dekat rumah aku. Kakak aku pun suami dia datang berkumpul bersama di Uitm. Mak ayah buat keputusan nak balik petang ahad juga. Adik yati ikut kami sampai Bukit Beruntung singgah ambil telefon ayah dan terus bergerak balik kampung pukul 4 petang dari rumah kami.
Apa-pun terima kasih dekat adik Yati sebab bawa mak ayah ke rumah kami. Kita hanya merancang Allah yang sebaik-baik perancang.

Friday, 12 December 2014
Derma RM1
Teks: Siti Rahimah Ismail
Foto: Sumber google
Alhamdulililah
segala puji hanya bagi Allah,Tuhan sekelian alam.
Syukur masih diberikan kesihatan yang baik oleh Allah jika hendak dibandingkan dengan orang lain yang Allah uji mereka dengan masalah kesihatan dan macam-macam lagi.
Sebelum
ini saya ada menulis bahawa menderma boleh kaya. Memang benar 1 kali kita
menderma 7 kali Allah gandakan rezeki pada kita.Kita boleh mulakan dengan
menderma RM1. Jangan kita pandang pada nilai RM1 tersebut,tapi pandanglah pada
keikhlasan kita dalam memberi dan usaha yang kita buat. Zaman sekarang tidak
susah pun untuk buat pahala akhirat. Banyak kawan-kawan ‘post’ di facebook
orang-orang yang memerlukan bantuan. Jadi kita boleh kongsi dengan kawan-kawan
yang lain sambil menderma.
Jadi
jangan buang masa. Jangan bertangguh-tangguh lagi. Mari mulakan sekarang
kongsikan kepada seberapa ramai yang boleh dan saya tak minta lebih hanya RM1
seorang. Insya Allah RM1 itu tidak penting , yang penting mesti derma.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Baju Didi & Friends
Baju DIDI & FRIENDS AVAILABLE-IN STOCK. ADA YANG BERMINAT BOLEH WHATAPP 011-24019196 SIZE TERHAD..BOLEH PM UNTUK T...
-
Baju DIDI & FRIENDS AVAILABLE-IN STOCK. ADA YANG BERMINAT BOLEH WHATAPP 011-24019196 SIZE TERHAD..BOLEH PM UNTUK T...
-
Dalam entry yang lepas saya ada 'let go'satu carpet bulu (warna putih). Sudah ada pun yang berminat dan sudah pun dijual. Terima ka...
-
Teks: Siti Rahimah Sejak akhir-akhir ini rajin pula aku membaca blog-blog yang membincangkan tentang pengurusan kewangan ini. Dari si...

.jpg)