Saturday 21 March 2015

Tudung Aidijuma Purple Gold Dust

Alhamdulillah,rezeki dapat juga beli tudung Aidijuma ni. Walaupun yang ini keluaran bulan Januari yang lepas tapi masih lagi menjadi kesukaan sebab setiap susah sekarang nak dapatkan tudung yang 'design' baru-baru. Semuanya cepat saja habis oleh kerana peminat-peminat AJ yang terlalu ramai sekarang. 

Susah sekarang nak dapatkan tudung keluaran Aidijuma. Lagi-lagi kalau yang baru 'release' memang tengah panas macam pisang goreng dan semestinya disukai ramai. Cuba tengok dalam page facebook AJ ada berapa ramai 'like'?Jangan tak tahu sudah lebih 900 ribu peminat dia.

Patutlah hati tergerak nak buka tengok website AJ.Dapat tanggap satu tudung AJ pURLE gOLD dUST. 

Wednesday 18 March 2015

Menambah Ilmu Kewangan #Simpanan Hijau

Teks: Siti Rahimah 

Sejak akhir-akhir ini rajin pula aku membaca blog-blog yang membincangkan tentang pengurusan kewangan ini. Dari situ timbul minat nak mula menyimpan duit hijau. Sebelum ini aku hanya simpan syiling-syiling dan duit biru.

Atas kesedaran itu, aku pun berazam untuk mula menabung duit hijau bermula dari hari ini 18 march 2015. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit..Memang perumpamaan ini yang paling sesuai untuk menaikkan semangat bagi diri sendiri.Ewah,pandainya motovasi diri sendiri.hehehe.

Aku harap misi ini akan tercapai. Kita tunggu hujung tahun 2015 nanti berapa yang terkumpul. :). 


Tuesday 17 March 2015

Tip Jimat Wang Sebelum Membeli Barangan Runcit

Teks: Siti Rahimah 

Keperluan barangan runcit semakin hari menjadi mahal. Samaada kita hidup secara berseorangan atau berkeluarga,kita masih perlu memberi makan. Sekiranya perancangan tiada semasa membeli barangan keperluan dapur mungkin akan menyebabkan anda membelanjakan wang anda dengan secara membazir. Lagi-lagi jika makanan yang dibeli menjadi rosak atau tarikh luput sebelum menggunakannya. 

Saya kongsikan disini beberapa tip yang mungkin membantu saya dan anda untuk berjimat semasa membeli barangan keperluan dapur. Tip ini memang berguna walaupun anda tinggal berseorangan atau secara berkeluarga. 

#Buat 'checklist' dirumah sebelum pergi pasaraya.

#Makan sebelum pergi membeli belah

#Simpan 'shopping list' dalam telefon pintar anda.

#Membeli belah ditempat yang digemari

#Membeli barangan secara pukal

#Saling bekerjasama dengan pasangan ketika membeli

#Menyimpan makanan yang dibeli secara betul

#Menggunakan Aplikasi telefon pintar untuk menyediakan menu/resepi

Baju Didi & Friends

Baju DIDI & FRIENDS AVAILABLE-IN STOCK. ADA YANG BERMINAT BOLEH WHATAPP 011-24019196 SIZE TERHAD..BOLEH PM UNTUK T...