Friday, 16 January 2015

Buku Ringkasan Catatan Harian Faris

Teks oleh : Siti Rahimah Ismail

Hari ini rasa nak kongsi satu perkara yang boleh kita praktiskan samaada dirumah atau di pusat jagaan.Sekarang di Taska Cahaya Bestari setiap kanak-kanak perlu ada satu buku catatan ringkas. Faris pun sudah ada buku catatan ringkas untuk merekod aktiviti dia di taska. Setiap kanak-kanak semua wajib ada buku ini untuk memudahkan ibu bapa dan guru mengetahui dan merujuk aktiviti, perkembangan dan masalah anak-anak sewaktu di pusat asuhan. Ibu bapa wajib mencatatkan aktiviti terakhir anak-anak dirumah seperti waktu tidur, jenis makanan, sukatan ubat atau apa sebarang masalah kesihatan anak-anak. Ini memudahkan cikgu untuk membuat rujukan sewaktu mereka menjaga anak kita. Kadang-kadang tertanya juga bila kali terakhir anak makan,mandi pukul berapa,minum susu banyak mana. Semua menjadi tanya soal bila balik rumah. Jadinya terpaksa telefon cikgu bertanya pula, sudahnya menganggu cikgu malam-malam. Dengan ada buku catatan harian ini,senang kita merujuk aktiviti dia sepanjang hari di taska. Ibu yang ‘excited’ hari-hari balik nak baca buku catatan faris. Biasanya cikgu akan tulis dan ‘update’perkembangan faris dari hari ke hari. Macam sekarang, faris baru 1 tahun 1 bulan, sudah boleh memberi tumpuan sewaktu cikgu bercakap,sudah boleh duduk dengan sendiri,barang mainan pun sudah pandai kemas sendiri :).
Foto:Gambar pasport Faris


No comments:

Post a Comment

Baju Didi & Friends

Baju DIDI & FRIENDS AVAILABLE-IN STOCK. ADA YANG BERMINAT BOLEH WHATAPP 011-24019196 SIZE TERHAD..BOLEH PM UNTUK T...