Wednesday, 17 December 2014
Faris kena alahan telur
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak pertama harap info ini dapat membantu serba sedikit. Pengalaman faris kena alahan telur memang kesian dekat dia. Semua badan dia naik ruam kecil merah dan gatal. Selama 2 minggu juga dia menderita gatal dengan ruam.
Suatu hari 'nurse' telefon tanya anak dah perkenalkan telur ke belum. Aku pun jawab belum lagi. Nurse pesan bulan 12 nanti anak kena pergi klinik cucuk. Kalau ada alahan telur mungkin tak perlu lagi. Waktu tu umur Faris dah 11 bulan. Lambat juga baru aku tahu yang faris kena diperkenalkan telur untuk mengetahui mereka alahan atau tidak dengan makanan tersebut. Sewaktu nurse telefon aku,Faris megalami telinga berair,jadi aku pun tak berani nak perkenalkan telur lagi. Lepas 2 minggu agak telinga faris kering sikit aku pun rebus telur dan ambil 2 sudu telur putih makan dengan bubur nasi. Lepas makan tengok tak ada alahan apa pun. Petang sebelum mandikan faris buka baju dia tengok penuh naik ruam dekat belakang badan,dekat muka,tengkok. Hati cuak dan risau juga. Lepas mandikan Faris tengok badan dia lagi teruk ruam naik,bintik merah kecik putih-putih macam ada nasi dalam bintik tersebut. Malam tu memang gelisah dia tak boleh tidur. Hampir 2 minggu juga ruam faris nak sembuh. Kami tak bawa pergi klinik,cuma ambil krim dekat farmasi untuk sapu. Alhamdulillah,nampak ada berkurangan lepas guna sudcream.
Sumber dari website http://www.myhealth.gov.my/, alahan telur ialah reaksi tindak balas badan terhadap telur dan makanan yang mengandungi telur. Badan akan memberi tindak balas seolah-olah telur itu adalah bahan berbahaya.
Menurutnya lagi,alahan ini boleh terjadi apabila badan bertindak balas terhadap telur sebagai bahan bahaya. Badan akan menghasilkan antibodi untuk melawan protein telur dan antibodi ini merangsang sistem imun badan untuk mengeluarkan bahan kimia yang menyebabkan terjadinya gejala alahan telur. Kekerapan berlaku kejadian alahan telur ini tidak diketahui. Sebab itu,biasanya telur akan mula diperkenalkan pada bayi seawal 8 bulan untuk mengetahui peringkat alahan bayi. Kebiasaannya,apabila kanak-kanak berumur antara 5 hingga 7 tahun alahan telur akan hilang.
Kesan-kesan reaksi yang timbul akibat alahan boleh melibatkan kulit,usus dan paru-paru. Mungkin juga kadang-kala fungsi jantung dan tekanan darah juga turut terjejas. Jenis-jenis reaksi yang biasa terjadi ada 2 jenis. Pertamanya yang kelihatan dalam beberapa minit. Biasanya alahan berlaku walaupun hanya dengan menyentuh telur dan bebrapa minit akan timbul gejala. Terdapat juga reaksi yang lewat biasanya kelihatan selepas 2 jam hingga 4 jam.
Gejala alahan yang biasanya di alami untuk jangka masa kurang daripada sehari seperti gatal-gatal, radang kulit(ekzema),Muka menjadi merah.Mata berair, bengkak kelopak mata, Mulut gatal, bengkak bibir, Tekak perit, Hidung berair, Nafas termengah-mengah, batuk, Loya dan muntah, Sakit perut, Cirit-birit. Ibu bapa boleh menjalankan ujian khusus sekiranya bayi mereka sakit atau mendapat ruam selepas makan telur. Ujian alahan kulit.RAST (Radio Allergosorbent Test).Ujian khas alahan telur ini boleh dilakukan tetapi tidak semestinya memberi keputusan yang tepat. Segala keputusan ujian perlu dianalisa dengan teliti oleh pakar sebelum diagnosa dibuat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Baju Didi & Friends
Baju DIDI & FRIENDS AVAILABLE-IN STOCK. ADA YANG BERMINAT BOLEH WHATAPP 011-24019196 SIZE TERHAD..BOLEH PM UNTUK T...
-
Pernah tak ada buku nota kecil untuk tulis atau tampal kata-kata motivasi dekat buku waktu zaman sekolah dulu?Dulu saya suka buat macam begi...
-
Teks: Siti Rahimah Ismail Foto: sumber google Terima kasih sahabat. Hanya itu yang mampu aku ucapkan kerana cinta dan kasihnya hubu...
-
Tertariknya ku untuk menulis di sini tatkala membaca status sebuah cerita yang di kongsi pada status mukabuku ku. Terima kasih adikku kera...
No comments:
Post a Comment