Teks: Siti Rahimah Ismail
Alhamdulillah selsema dan batuk melanda diri hari ini. Kisahnya balik keje hari isnin lepas tak bawa payung,jadinya meredah hujan yang renyai-renyai untuk sampai ke lrt KLCC.
Sudahnya hari selasa dah mula rasa sakit-sakit tekak. Kepala pun dah pening-pening. Syukur badan tak demam. Apabila tekak gatal batuk pun memang tak dapat tahan. Makan strepsil pun tak menjadi. Kerja terpaksa pergi jugak. Namapun kerja makan gaji,bukan boleh cuti sesuka hati.
Hari ini semakin gatal pula tekak. Maka tercari-cari lah aku rawatan untuk selsema dan batuk ini bersumberkan internet. Antara rawatan secara semulajadi yang boleh kita amalkan:
Minum madu
Bagi yang mengalami bengkak tekak akibat batuk yang lama boleh amalkan madu. Caranya boleh diminum terus atau campurkan 2 sudu madu kedalam air suam atau teh herba dan minum. Madu ini dikatakan dapat melegakan sakit tekak dan membunuh kuman.
Note:memang selalu minum madu,terus amalkan.
Perahan air limau dan kicap
Caranya perahkan air limau 2,3 sudu ke dalam gelas,masukkan 3,4 sudu kicap dan kacau bagi sebati lepas tu minum. Buat dalam 3 kali semiggu.
Note: Emm,boleh cuba yang ini.
Air Garam
Caranya ialah dengan berkumur air garam tersebut setiap hari dapat mengurankan sakit tekak. Garam berfungsi sebagai antiseptik dan membersihkan kahak..
Note: Emmm..tak sanggup aku buat yang ini.
Selain itu,ada juga tip-tip untuk meredakan selsema dan batuk agar tidak berlarutan:
Minum Air Putih secukupnya, kalau boleh biar air suam.
Tidur dan rehat yang cukup
Elakkan dari berada di kawasan yang sesak atau ramai orang.
Elakkan dari menghidu asap rokok,asap kenderaan yang boleh menyebabkan jangkitan pada tekak.
Cukup dulu aku berhenti di sini. Tekak pun semakin sakit ni. Nak pergi cari madu kejap. Kalau ada sesiapa yang batuk juga saya doakan semoga cepat sembuh.
'Sesungguhnya Allah menurunkan sakit kepada hambanya sebagai rahmat dan penghapus dosa '
Thursday, 27 November 2014
Tip 2 Mendidik Anak Mencintai Al-Quran
Izinkan Anak Melihat Diriku Sebagai Pencinta al-Quran.
Tiru Macam Saya!!!
Tip yang kedua cara menyemai rasa cinta anak dengan al-quran adalah tunjukkan contoh teladan yang baik. Anak-anak akan mudah terpengaruh ,mudah meniru dan cepat belajar dengan apa yang mereka lihat dan apa yang mereka dengar.
Jadikan rutin harian kita bersama Al-quran sebagai satu langkah untuk menggalakkan anak-anak menjadi mesra dengan Al-Quran. Contohnya meluangkan masa membaca al-Quran bersama-sama mereka,membaca al-quran di kalangan anak-anak,mudah-mudahan mereka juga akan meniru tindakan kita.
Sebagai ibu bapa kita ayuh tonjolkan diri sebagai pencinta al-quran. Tunjukkan dan pengaruhi mereka dari kecil . Menghafaz al-quran.
Sesungguhnya amalan ibu mengandung membaca al-quran semasa kehamilannya merupakan salah satu ikhtiar agar anak yang lahir nanti akan cenderung untuk minat dan menjadi pencinta al-quran.Ini kerana ibu telah menghubungkan anak dalam kandungannya dengan bacaan al-quran,zikir-zikir memuji Allah SWT pada peringkat kehamilan lagi.
Maka.marilah kita cuba beistiqamah dalam membaca al-quran agar menjadi bekalan pahala apabila anak kita juga bangga dan gembira untuk memahami al-quran..Amin.
Tiru Macam Saya!!!
Tip yang kedua cara menyemai rasa cinta anak dengan al-quran adalah tunjukkan contoh teladan yang baik. Anak-anak akan mudah terpengaruh ,mudah meniru dan cepat belajar dengan apa yang mereka lihat dan apa yang mereka dengar.
Jadikan rutin harian kita bersama Al-quran sebagai satu langkah untuk menggalakkan anak-anak menjadi mesra dengan Al-Quran. Contohnya meluangkan masa membaca al-Quran bersama-sama mereka,membaca al-quran di kalangan anak-anak,mudah-mudahan mereka juga akan meniru tindakan kita.
Sebagai ibu bapa kita ayuh tonjolkan diri sebagai pencinta al-quran. Tunjukkan dan pengaruhi mereka dari kecil . Menghafaz al-quran.
Sesungguhnya amalan ibu mengandung membaca al-quran semasa kehamilannya merupakan salah satu ikhtiar agar anak yang lahir nanti akan cenderung untuk minat dan menjadi pencinta al-quran.Ini kerana ibu telah menghubungkan anak dalam kandungannya dengan bacaan al-quran,zikir-zikir memuji Allah SWT pada peringkat kehamilan lagi.
Maka.marilah kita cuba beistiqamah dalam membaca al-quran agar menjadi bekalan pahala apabila anak kita juga bangga dan gembira untuk memahami al-quran..Amin.
Tuesday, 25 November 2014
Tip 1 Mendidik Anak Mencintai al-Quran
Teks: Siti Rahimah Ismail
Perkenalkan
nama-nama al-quran dan keistimewaan al-quran kepada mereka.
Dalam
melahirkan anak yang mencintai Al-quran,perkara pertama adalah perkenalkan
mereka dengan nama-nama Al-quran dan keistimewaannya. Antara nama-namanya ialah
Al-quran, Al-furqan,al-zikr,al-kitab dan al-tanzil.
Tujuannya
supaya mereka akan rasa bertuah kerana dapat belajar, perasaan dan memahami serta mencintai al-quran. Mereka akan
lebih memahami tujuan mencintai al-quran yang sebenarnya. Mereka akan faham
mengapa mereka perlu belajar,memahami dan mencintai la-quran.
Bagaimana
untuk mencintai Al-Quran andai kita tidak pernah belajar untuk mencintainya? Bak
kata pepatah’Tak kenal maka tak cinta’. Begitu juga dengan anak-anak perlu
dikenalkan dahulu dengan keistimewaan al-quran. Barulah wujud perasaan untuk
mencintai Al-quran.
Antara
keistimewaan Al-Quran:
Pembaca al-quran akan di sayangi Allah SWT.
Pembaca mendapat pahala
Menyelamatkan manusia daripada seksa neraka.
Pembaca al-quran akan di sayangi Allah SWT.
Pembaca mendapat pahala
Menyelamatkan manusia daripada seksa neraka.
Friday, 21 November 2014
Wednesday, 19 November 2014
Hidup Dalam Kesyukuran
Assalamualaikum dan selamat pagi.
Pagi yang indah ini jangan lupa bersyukur diberikan kesihatan yang baik. Semoga apapun yang dilakukan hari ini dipermudahkan. Lebih baik bersyukur, hati pun akan tenang daripada hidup mengeluh.
Tuesday, 18 November 2014
Bawa Faris ke Klinik Pakar kanak-kanak Tan
Hari jumaat lepas terpaksa ambil cuti kecemasan. Sudah dua hari Faris demam panas
lagi-lagi waktu malam. Walaupun sudah makan ubat ambil dari klinik Panel,tapi
masih tak reda panas badan dia. Biasanya kalau dia sihat badan mesti berpeluh. Risau jugak bila demam dia sampai 38 darjah celcius. Jadi, petang jumaat
buat keputusan pergi klinik Pakar kanak-kanak Tan,Rawang.
Klinik ini terletak di belakang Petronas satu baris dengan Jabatan
Pendaftaran Negara(JPN).Klinik ini memang ‘specialist’ untuk kanak-kanak
sahaja. Selalu baca komen dari blogger tentang klinik ini memang bagus
perkhidmatan dan ubat dia kira serasi dengan kanak-kanak.
Sampai di klinik dalam pukul 6.30 petang. Alhamdulillah tak ramai sangat
orang. Selepas daftar nama dan timbang berat bayi,terus tunggu nombor giliran. Berat faris dah 7.2 kilo.:).Patut lenguh juga bahu ibu mengendong faris.
Masa jumpa doktor cakap panas dah sampai 39 celcius. Terus doktor masuk ubat
ikut punggung untuk turunkan suhu badan. Faris dapat ubat demam, antibiotic dan selsema. Ubat antibiotic dan
selsema untuk telinga berair sebab ada jangkitan dari selsema.
Kalau sesiapa nak pergi boleh rujuk alamat di bawah:
Klinik
Pakar Kanak Kanak Tan
Consultation Hours:
Mon - Fri: 9 am - 1.30 pm & 6.00 pm - 9.00 pm
Sat, Sun & Public Holiday - 9.00 am - 2.00 pm
TAN BABY AND CHILD CLINIC
No 5, Jalan Bandar Rawang 7, Pusat Bandar Rawang, 48000 Rawang
No Phone: 03-60937668
Consultation Hours:
Mon - Fri: 9 am - 1.30 pm & 6.00 pm - 9.00 pm
Sat, Sun & Public Holiday - 9.00 am - 2.00 pm
TAN BABY AND CHILD CLINIC
No 5, Jalan Bandar Rawang 7, Pusat Bandar Rawang, 48000 Rawang
No Phone: 03-60937668
Waktu
operasi dia memang lain sikit.Kalau pagi buka sampai tenagahri sahaja. Petang
pula pukul 6 baru buka semula. Jadi kalau nak selamat,baik telefon dahulu
sebelum pergi.
Wednesday, 12 November 2014
Keberkatan Doa Ibubapa
Tertariknya ku untuk menulis di sini tatkala membaca status sebuah
cerita yang di kongsi pada status mukabuku ku. Terima kasih adikku kerana
mengingatkan kakakmu yang jauh dari ayah dan ibu. Sememangnya berjaya menitis
air mata ku.
Kisahnya mengenai seorang ayah yang tidak mahu mengganggu
dan membebankan anak-anaknya untuk menghantarnya ke hospital. Walaupun sakit
beliau sanggup menyewa teksi untuk berulang alik ke hospital. Dengan alasan
jika anak-anak menolak permintaannya atau menolong dalam keadaan yang tidak
ikhlas akan mengundang dosa kepada anaknya. Ya Allah, memang sungguh
mulia hati seorang ayah.Tidak pernah mengharapkan sebarang balasan daripada
anaknya. Hanya berharap anak-anak bahagia dengan kehidupan mereka.
Kisah ini amat menyentuh hati ku yang memang tinggal berjauhan
dengan mak ayah. Sudah semestinya bukan semua permintaan mak ayah dapat ku
tunaikan. Tambahan lagi, balik kampung hanya beberapa kali dalam setahun.
Namun, aku akan cuba sedaya upaya untuk menghubungi mereka setiap minggu
bertanya khabar. Walaupun memang ku rasa tidak cukup untuk membalas segala jasa
mereka kepada ku. Aku sentiasa berdoa semoga satu hari nanti aku dapat tinggal
berdekatan dengan mak ayah agar dapat berbakti dan menjaga mereka.
Aku juga bersyukur mungkin Allah swt telah menetapkan segala yang
berlaku. Alhamdulillah, aku mempunyai seorang adik yang tinggal berhampiran mak
ayah aku. Dia yang banyak membantu mak ayah untuk berulang alik ke hospital atau
ke mana sahaja. Sesungguhnya ada juga rasa cemburu dengan dia:).Dapat berbakti
kepada mak ayah. Marilah sama-sama kita muhasabah diri sebagai seorang anak.
Sebagai seorang anak cuba tanya dalam diri masing-masing pernahkah kita menolak
permintaan mereka?pernahkah kita mengeluh atau mengatakan ‘ahh’ atas permintaan
mereka? Pernahkah kita bermasam muka dengan mereka kerana permintaannya?
Sekiranya ada yang menjawab ‘ya’ marilah kita sama-sama
memperbaiki diri masing-masing. Mungkin kerana factor-faktor tertentu seperti
tinggal berjauhan menjadi alasan tidak dapat memenuhi permintaan mereka. Namun,
cuba sebaik mungkin mencari masa menjenguk mereka wakaupun sekejap atau
menghubungi mereka sekerap yang mungkin. Sememangnya naluri mak ayah sentiasa ingin
memberikan yang terbaik untuk anak-anak. Tidak pernah mengharapkan balasan. Malah
tidak pernah merungut atau mengeluh dengan kerenah anak-anak. Jika mereka
rindukan kita kadang-kadang pun tidak diluahkan. Namun, jauh disudut hati
mereka masih inginkan anak-anak sekadar mengingati mereka, teman untuk
bergantung hidup,sebagai peneman ketika mereka tua.
Sehebat mana pun kita di dunia ini, jika tanpa berkat doa mak
ayah,hidup tidak akan bahagia dan dirahmati oleh Allah SWT. Sama-sama kita
berdoa selepas solat memohon kepada Allah agar sentiasa memelihara mak ayah kita
di dunia dan akhirat. Sesungguhnya apa yang ku tulis untuk peringatan
kepada diri ku sendiri dan kepada sesiapa sahaja yang singgah di blog ini.
Ku selitkan doa untuk kita amalkan bersama-sama.
Doa Untuk Kedua Ibu bapa
'Ya allah ampunilah segala dosaku,dan juga dosa kedua ibubapaku
dan kasihanilah mereka sepertimana mereka memelihara dan menjagaku sewaktu
kecil. Amin.
Tuesday, 11 November 2014
Jus Delima Gulsan
Hari ini seronok sebab jus delima gulsan yang di pesan sudah sampai. Terima kasih Kak Lijah sudi belikan. Sudah lama mencari kembali jus delima tapi disebabkan kekangan masa baru hari ini tercapai hajat.:).
Kali terakhir minum masa mengandungkan faris. Waktu minum tu memang ada rasa perubahan.Penat pun rasa kurang. Bangun pagi pun rasa mudah. Itu pun sempat habis sebotol sahaja. Jadi, azam kali ini nak amalkan secara konsistant minum jus delima ni. Rasanya ramai yang tahu banyak khasiat jus delima ni. Kebanyakan orang kalau sebut jus delima hanya ingat baik untuk ibu mengandung. Bagi ibu mengandung , jus delima ini baik untuk perkembangan otak bayi semasa mengandung. Malah,memberi tenaga kepada ibu yang mengandung juga. Sebenarnya semua orang boleh minum jus delima termasuk kanak-kanak, remaja, orang dewasa,lelaki,perempuan semua boleh amalkan.
Bila diingat-ingat semula masa mengandungkan faris dulu,memang ada teringin nak makan buah delima. Puas suami cari dekat kawasan rawang,akhirnya jumpa dekat kedai buah jalan menghala ke pekan rawang.Kebetulan rezeki anak,memang ada sebiji saja dalam peti sejuk kecik kakak kedai tu. Kakak kedai cakap memang dia simpan untuk ibu-ibu mengandung yang datang bertanya saja,baru dia jual. Bertapa susah jugak masa tu nak cari buah delima.
Rahsia penciptaan buah delima disebut dalam Al-quran sebanyak 3kali. Menunjukkan bukti kebesaran Allah swt yang hendak umatnya berfikir bertapa besarnya kuasa Allah yang mengurniakan rezeki ini kepada semua umat islam.
Jadi,kepada sesiapa yang rasa nak cantik dan sihat jom kita amalkan makanan sunnah ini.
Pahala pun dapat.Insyaallah.
Nanti kita ceritakan lagi kebaikan dan sejarah buah delima ya..
Tuesday, 4 November 2014
Kata-kata Motivasi
Pernah tak ada buku nota kecil untuk tulis atau tampal kata-kata motivasi dekat buku waktu zaman sekolah dulu?Dulu saya suka buat macam begitu..Kadang-kadang baca dekat surat khabar jumpa kata-kata hikmah yang menarik hati terus gunting ambil tampal dalam buku. Walaupun waktu itu hanya sebagai suka-suka sahaja.
Mari baca sama-sama kata-kata dibawah buat renungan diri saya sendiri dan sesiapa saja yang singgah disini.
1. Selalulah berfikiran positif..
3. Jangan sesekali pernah berputus asa.!!
1. Selalulah berfikiran positif..
3. Jangan sesekali pernah berputus asa.!!
4. Hidup ini tidak selalu indah,namun yang indah itu selalu dalam kenangan.:)
5. Hidup ini memerlukan pengorbanan,pengorbanan memerlukan perjuangan,perjuangan memerlukan ketabahan,ketabahan memerlukan keyakinan,keyakinan menetukan kejayaan,dan kejayaan yang menetukan kebahagiaan.
Monday, 3 November 2014
Detik Pertemuan
Sambungan cerita aku balik kampung hari sabtu lepas, perjalanan kami lancar sahaja. Lebih kurang dalam pukul 11 dah sampai kampung. Sampai rumah terus masuk dalam rumah, rupanya faris tengah tidur. Aku duduk
di sebelah dia adalah dalam sepuluh minit. Adalah tengok gelagat dia kejap mengiring
kanan.kejap kiri.Aku pun usap kepala faris beberapa kali. Tiba-tiba faris buka
mata..
Aku
tunggu saja tengok reaksi dia.
Tahu
tak ape reaksi dia??Jaga-jaga buka mata,dia tengok kearah ibu terus senyum
meleret.:)..:)JJJJ:J.
Mula-mula
risau jugak kalau dia menangis tak nak dekat ibu .Alhamdulillah, kenal lagi dia dengan ibu ayah dia .Terus
dukung dia, cium sayang sikit-sikit.pastu sambung main dengan faris. Tok wan beli mainan baru untuk faris. Tak lepas-lepas mainan tu.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Baju Didi & Friends
Baju DIDI & FRIENDS AVAILABLE-IN STOCK. ADA YANG BERMINAT BOLEH WHATAPP 011-24019196 SIZE TERHAD..BOLEH PM UNTUK T...
-
Pernah tak ada buku nota kecil untuk tulis atau tampal kata-kata motivasi dekat buku waktu zaman sekolah dulu?Dulu saya suka buat macam begi...
-
Teks: Siti Rahimah Ismail Foto: sumber google Terima kasih sahabat. Hanya itu yang mampu aku ucapkan kerana cinta dan kasihnya hubu...
-
Tertariknya ku untuk menulis di sini tatkala membaca status sebuah cerita yang di kongsi pada status mukabuku ku. Terima kasih adikku kera...