Saturday 28 February 2015

Foot Spa Di Rumah

Ramai orang ingin pergi ke SPA untuk buat rawatan kecantikan dan juga kesihatan. Namun,tidak semua orang mampu dan mempunyai masa untuk melakukan semuanya.

Ada satu cara untuk menyelesaikan masalah anda yang mengalami masalah letih badan akibat kerja seharian,dan bagi yang ingin membuang TOKSIN dalam badan mari mencuba DETOX FOOTPATCH/KOYOK KAKI untuk menyelesaikan masalah anda.


Kelebihan Detox Footpatch ini ialah:

1. Membantu menyerap dan menyinkirkan racun toksin dalam tubuh
2. Melegakan kesakitan dan lenguh otot dan sendi.
3. Melegakan kesakitan GOUT.
4. Perbaiki peredaran darah.
5. Untuk melegakan sakit tumit dan tapak kaki - sesuai utk sesiapa yg selalu berdiri, berjalan lama, terutama untuk yang pakai kasut tumit tinggi...
6. Untuk membantu dalam mempercepatkan proses penurunan berat badan..
7. Untuk membantu merawat masalah jerawat
8. Untuk membantu merawat mereka yg masalah sinus / resdung
9. Untuk membantu melegakan sakit pinggang
10. Untuk penyakit-penyakit lain melalui titik refleksologi di tapak kaki
11. Membantu tidur yang lena.
12. Tingkatkan kecergasan.
13. Memperbaiki sistem penghadaman.

  • Detox Footpatch ini sesuai untuk lelaki dan perempuan, warga emas yang selalu sakit kaki,sakit lutut. 
  • boleh beli untuk ibu bapa atau mertua anda. Alhamdulillah,ayah saya pun sudah cuba memang rasa perubahan pada dia. Ayah saya ada gout dan alhamdulillah sejak dia pakai detox footpatch ini dari 2 bulan lepas,tak ada dia merungut sakit kaki atau bengkak kaki.
  • Untuk perokok juga sesuai kerana toksin lagi banyak dalam badan.
Saya jual murah-murah saja,agar ramai yang mampu beli dan semua orang boleh sihat.


Detox White :
Harga pasaran:RM20(1 pack)
Saya jual : RM12(1pack),kalau ambil 5pack(rm50)
1pack = 10pcs

Tel/Whatsapp:011 24019196


Ini contoh white detox(original)
Perkongsian oleh: Iemah Ismail

Thursday 26 February 2015

Carpet Bulu Putih Pelamin Untuk Di Jual

Semasa majlis perkahwinan saya 2 tahun yang lalu saya telah DIY sendiri mini pelamin yang ringkas sebagai kenangan pada hari perkahwinan saya.

Ada beberapa barang yang saya beli untuk penyediaan pelamin.Antaranya karpet bulu putih untuk alas pelamin saya. Saya ingat nak jual kepada sesiapa yang berminat. Sekiranya ingin sewa juga boleh datang sendiri pick up di Rawang. Penghantaran boleh selain dari Rawang mungkin akan dikenakan kos pengangkutan. 

Carpet bulu ni panjangnya 3 meter(warna putih)-Nak jual rm90.Sewa rm35. Contoh gambar dibawah.

Sesiapa yang berminat boleh hubungi saya melalui sms/whatsapp: 011 24019196.

Kenali Apa Itu ANAK TANTRUM

Perkongsian kali ini mengenai satu ilmu yang baru juga bagi saya sebagai ibu bapa yang sedang dalam proses untuk mempelajari ilmu keibubapaan. Terima kasih atas perkongsian rakan facebook saya Emilyrose wANDA. 

Pernah tak anak anda memberontak, buang barang, merajuk dan protest jika tidak dapat sesuatu yang dihajat? Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar. Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu. Situasi seperti ini dipanggil ANAK TANTRUM.

Mari kenali Apa Itu Tantrum?

Tantrum ini sering berlaku kepada anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun. 
Tantrum bermaksud kemarahan secara tiba-tiba. Manakala "Temper Tantrum" ialah suatu luapan emosi yang meledak-ledak sehingga tiada kawalan diri. Temper Tantrum seringkali muncul pada anak usia 15 bulan – 6 tahun. Tantrum biasanya terjadi pada anak yang hyper-aktif.

Tantrum ini lebih mudah berlaku kepada anak-anak yang mempunyai ciri-ciri seperti:
  • Kanak-kanak tidak cukup tidur.
  • Makan dan proses pembuangan najis tidak teratur.
  • Kekok dengan situasi baru atau orang yang dia tidak kenali.
  • Lambat beradaptasi terhadap perubahan.
  • Emosi tidak tenteram (sering negatif).
  • Mudah marah dan mudah menangis.
  • Sulit dialihkan perhatiannya.
Tantrum juga boleh berlaku dalam pelbagai perilaku mengikut peringkat umur usia anak-anak.
Dibawah Usia 3 tahun
·Menangis
·Menggigit
·Memukul
·Menendang
·Menjerit
·Memekik-mekik
·Menghempaskan badan ke lantai
·Memukul-mukulkan tangannya
·Menahan nafas
·Menghentakkan kepala
·Melemparkan barang
·Menyangkung
·Memeluk tubuhnya

Usia 3-4 tahun
·Perilaku tersebut diatas
·Menghentakkan kaki
·Berteriak
·Meninju
·Membantingkan pintu
·Mengkritik
·Merengek

Usia 5 tahun keatas
·Perilaku-perilaku tersebut diatas
·Memaki hamun orang lain @ ibubapanya
·Menyumpah
·Memukul kakak @ adik @ kawan-kawannya
·Mengkritik diri sendiri
·Memecahkan barang dengan sengaja
·Mengancam
·Merungut
·Trauma @ fobia keatas sesuatu yang menekan emosi anak.

Cara Membantu Anak Menjadi Tenang



1)Pegang dia seperti dalam gambar ini.












2- Bisik kan anda sayang dia dan faham akan perasaan dia.
3- Baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kepadanya dan anda.
4- Tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang.
5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.


FAKTOR PENYEBAB TANTRUM

Ibu bapa patut kenali faktor-faktor yang menyebabkan anak bersikap demikian. Antara faktor-faktor anak tantrum ialah:

1) Kehendak @ Keinginan Anak Di Halang
Anak akan melepaskan emosi tantrum sekiranya kehendak dan keinginan dia tidak tercapai. Maka anak-anak mula memberontak untuk menyatakan hasratnya kepada ibubapa.

2) Ketidakmampuan anak mengungkapkan dengan perkataan
Kanak-kanak bawah usia 4 tahun memiliki keterbatasan bahasa. Kadang-kadang mereka sukar untuk menterjemahkan keinginan mereka dalam bentuk bahasa yang kita fahami. Cara mereka menyampaikan adalah dengan bersikap tantrum bagi menyatakan emosi mereka.


3) Pergerakan yang Terhad

Kanak-kanak yang hyper-aktif sudah biasa dengan pergerakan yang bebas tanpa kongkongan atau batasan. Ibubapa cuba mengawal pergerakan atau hadkan kelakuannya menjadi sopan dan bertertib, maka ini mewujudkan stress pada diri anak. Untuk anak melepaskan stress, maka wujudnya tantrum. Sebagai contoh; anak hendak minum menggunakan gelas, ibu atau pengasuh tidak benarkan dan menggantikan dengan cawan plastik; anak masih bertegas dengan keinginannya, maka telah wujud sifat amarah dalam dirinya dan untuk dia melepaskannya dia akan bersikap tantrum agar kehendaknya
diperbolehkan.

4) Asuhan Ibubapa
a. Terlalu dimanjakan apabila semua keinginan dipenuhi dan tetiba ada keinginannya yang lain tidak diikutkan.
b. Asuhan yang tidak konsisten – tidak menerangkan yang mana baik dan yang mana buruk (tiada penjelasan diberikan). Apabila anak melakukan kesilapan dan secara tiba-tiba kita menegur dan menghukum, maka inilah komplikasi yang timbul dengan wujudnya tantrum.
c. Ibubapa bertelagah pendapat yang mana baik @ buruk untuk anak.

5) Anak merasa penat, lapar atau dalam keadaan sakit.

6) Anak sedang stress
Samada anak penat dengan bebanan tugasan sekolah, dan lain-lain atau kerana merasa tidak aman (insecure).

7) Trauma @ Fobia
Anak diseksa atau pernah menyaksikan sesuatu yang ngeri atau diperkosa sejak kecil. Trauma yang melanda dirinya menjadikan emosinya tak tenteram. Kanak-kanak mengharapkan perlindungan yang aman. Apabila itu terjadi, dia beranggapan bahawa ibubapa tidak memberikan kasih sayang atau keamanan yang diharapkan. Maka dia akan tantrum untuk melepaskan tekanan yang melanda emosinya. Tantrum ini memakan masa untuk pulih dan akan terbawa sehingga dia dewasa.

Perkongsian oleh : Siti Rahimah Ismail

Baju Didi & Friends

Baju DIDI & FRIENDS AVAILABLE-IN STOCK. ADA YANG BERMINAT BOLEH WHATAPP 011-24019196 SIZE TERHAD..BOLEH PM UNTUK T...